Time is now:

Thursday, January 27, 2011

Kelab fitness jadi port gay

Gua memang suka baca column nih every Sunday dalam Pancaindera Utusan..ye la selain dok baca gossip2 pasal artist tempatan kita nikan...column Dicelah-celah Kehidupan ni banyak cerita hal2 keluarga yang kadang2 kita pun x pernah terfikir boleh berlaku..especially me la kan..macam batak jek bila baca..hah macam ni punye kes pun ada ka?? Tapi semua cite2 ni boleh dijadikan teladan dan sempadan. But last Sunday punye cerita buatkan nasi lemak lauk kerang rendang gua tersangkut kat kerongkong..tak lepas siot....nak termuntah pun ado...essshhh nauzubillah hi minzalik..mintak2 dijauhkan dari semua ahli keluarga, kawan2 semua... korang bacalah yek...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 23/01/2011

Kelab fitness jadi port gay

KISAH minggu ini mungkin ramai yang menyampah nak baca, kerana itulah pengalaman saya ketika memaparakan kes seperti ini pada tahun 1998. Macam-macam ugutan saya terima. Bab maki hamun jadi benda biasa. Setiap kali saya menjawab panggilan telefon ada yang mendoakan cepat mati. Puncanya mereka marah saya tulis pasal gay. Mereka tak percaya gay wujud di kalangan lelaki Melayu beragama Islam. Kata mereka itu semua cerita rekaan.

Tapi sekarang setelah 13 tahun berlalu keadaan sudah berbeza. Ramai mengakui hubungan sejenis menjadi masalah besar kepada masyarakat Islam dan negara kita sekarang. Kalau dulu ia dilakukan secara tertutup, sekarang semuanya terdedah, tidak ada rasa malu segan silu lagi. Inilah yang diceritakan oleh Zul dalam e-melnya dan ketika kami menyambung berbual di telefon minggu lalu.

''Mereka boleh buat projek depan mata kita selamba saja. Kejadian ini berlaku lebih kurang lima tahun lalu. Ketika saya mula menjadi ahli kelab Fitness Center dan spa hotel R di KB. Memang saya terkejut!

''Pada mulanya jumlah golongan ini tak berapa ramai. Kini kelab ini seolah-olah jadi port gay hinggakan satu Malaysia dah tahu. Tentulah disebarkan dikalangan kumpulan ini juga.'' kata Zul.

Berbeza lokasi gay ketika saya menulis tentang golongan ini dahulu iaitu mereka cuma berkumpul di sebuah kelab yang dipanggil BBC (Blue Boy Club) dekat Jalan Bukit Bintang atau Jurassic Park iaitu di kawasan tempat letak kereta belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ketika itu panggilan 'anak-anak ikan' begitu popular di kalangan golongan gay mencari pasangannya yang terdiri daripada lelaki muda.

Menurut Zul lagi, golongan gay yang mengunjungi fitness center di hotel R ada macam-macam jenis, ada 'anak-anak ikan' umur belasan tahun hinggalah yang dah tua, dah pencen dan dah beranak pinak, mereka langsung tak ada segan silu. Yang tua mencari ulam 'anak-anak ikan' lah. Ada juga yang sebaya. Saya tak reka cerita, tetapi ini dari apa yang saya lihat sendiri. Saya amat sedih dengan keadaan masyarakat kita sekarang.

''Saya pernah terserempak seorang pakcik ni sedang buat kerja tak senonoh dalam bilik wap dengan seoranglelaki awal 30an. Dia boleh buat tak peduli kita nak masuk bilik tu. Nak jadikan cerita beberapa hari selepas peristiwa itu, saya nampak pakcik tu keluar dari kereta SUV bersama anak-anak perempuan dan isterinya, semuanya bertudung labuh. Jelas di luar menunjukkan keluarga pakcik ini alim sungguh.

''Pakcik tu terkejut beruk bila nampak saya memerhatikannya, agaknya dia takut kalau saya kenal isterinya dan ceritakan apa yang dia lakukan. Takkan saya bodoh nak cerita pada isterinya, kalau ceritapun takkan isterinya percaya. Lantaklah bila sakit sendiri tanggung.

''Sebenarnya bandar KB ni taklah besar mana sangat, pusing kanan pusing kiri kita mesti bersua muka. Itu yang berlaku satu hari saya terserempak 'partner' pakcik gay itu sedang mengimamkan solat asar di surau hotel R.

Makmum

''Terkejut saya, tapi saya tak ingin dimakmumnya, sebab saya tahu siapa dia, saya solat sendirian di belakang. Dia betul-betul menganiaya makmum lain.

''Kadang tu bila kita berbual dengan member lain di kelab itu naik takut juga, takut orang salah sangka mereka fikir kita pun gay, sedangkan saya ke hotel itu semata-mata ingin menggunakan kemudahan yang disediakan untuk jaga kesihatan.

''Dalam pada itu saya kenal seorang pegawai bank dia boleh cakap "aku bukan gay, aku ada anak bini...tapi dah dia orang nak, aku bagi la." Orang macam ni pun ada dalam dunia ni.

''Kerana saya selalu juga ke hotel tu saya pernah nampak seorang lelaki selalu bawak isterinya pergi ke hotel. Isterinya sibuk di kolam renang, tapi dia buat projek dalam steam room. Kesian sungguh isteri dia dengan jujur tunggu suami. Masa tu saya terfikir nak bawak bini dia tengok apa suami dia buat dalam steam room. Tapi takkan isterinya percaya!

''Saya pernah buat report dan hantar e-mail kat pengarah urusan hotel 5 bintang ini, tapi dia tak jawab. Saya rasa dia pun suka gang gay datang meramaikan jumlah ahli kelab hotel R. Kini dia meninggal dunia kerana komplikasi AIDS.

''Pernah juga saya bercakap dan berbincang dengan seorang kawan tentang masalah ni sebab saya tak suka kemudahan di kelab ini disalah gunakan untuk benda-benda tak baik, tetapi kawan tu cakap susah nak ambil tindakan sebab ini hotel 5 bintang.

''Pening memang pening, jadi untuk mengelak terserempak dengan mat-mat gay saya terpaksa pergi ke pusat ini sebelah pagi, sebab geng tu belum datang lagi, kerana aktiviti mereka bermula jam 5 hingga 11 malam. Dulu saya fikirkan mat gay banyak kat kota besar macam KL, tetapi bandar KB pun lebih ramai dan lebih berani lagi. Memang mencabar.

''Dulu memang geng ni cuba kacau saya, saya nasihatkan mereka baik-baik, tapi bila tak makan nasihat saya bagi amaran, pernah saya terajang mereka bila nak pegang-pegang badan saya. Dia orang memang anti saya sebab tak ikut kehendak mereka.

''Ada juga apabila tengok saya dalam sauna atau steam room mereka tak jadi masuk sebab dia orang bencikan saya. Tapi bila geng mereka semakin ramai, mereka jadi berani. Dia orang bogel ramai-ramai dan buat projek depan saya.

Baru-baru ni saya sembang dengan kawan seorang doktor, katanya kat hospitalnya ada tiga pesakit HIV. Mulanya dia ingatkan pesakit itu penagih dadah atau langgan pelacur, rupa-rupanya mereka gay, ada simpan anak ikan dan kesemuanya dah berkeluarga.

=====================================================================

2 comments:

Anonymous said...

I join. I agree with told all above. Let's discuss this question. Here or in PM.

en_me said...

kanns.. ehehe